
Oleh: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)
SHAH ALAM, 5 Mei (Malaysiaaktif) – Orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kebersihan tangan sebagai langkah mudah bagi memulakan pencegahan dan mengelak jangkitan penyakit.
“Tanggungjawab dan peranan ini perlu disedari semua pihak yang mengunjungi fasiliti kesihatan seperti klinik dan hospital termasuk staf, pesakit penjaga dan pembekal”, tegas Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr. Haji Azman Abu Bakar.
Azman berucap dalam Majlis Perasmian Sambutan World Hygiene Day 2016 Peringkat Kebangsaann bertemakan See Your Hand: Hand Hygiene Supports Safe Surgical Care di Hospital Shah Alam, hari ini.
Tambahnya,“Hari ini, Malaysia berada pada landasan yang tepat bagi mencapai sistem penjagaan kesihatan yang selamat dengan pelbagai program dirancang untuk meningkatkan aspek utama keselamatan pesakit dalam sistem penjagaan kesihatan Malaysia”.
Sebagai rakyat Malaysia, menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebersihan bukan sahaja tangan tetapi rumah, pejabat, dan alam sekitar.
Kempen ini juga merupakan antara usaha kerajaan membasmi penyakit berjangkit yang merebak melalui sentuhan tangan.
Seramai 500 orang yang hadir terdiri daripada warga kerja Hospital Shah Alam dan KKM.
DK