Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

SMK Long Gafar Johan Sketsa Rukun Negara

By 5 Mei 2016Mei 11th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Seman Wan Bedollah

PASIR MAS, 5 Mei (Malaysiaktif) — Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab 1 Malaysia  Peringkat Negeri Kelantan 2016 berlangsung semalam di Dewan Tok Guru Haji Nor Teliar, Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu di sini.

Pertandingan kali ini disertai oleh lapan daerah, iaitu SMK Long Gafar (Kota Bharu), SM Sains Jeli (Jeli), SMK Tok Janggut (Pasir Putih), SMK Bunut Susu (Pasir Mas), SMK Tanah Merah 1 (Tanah Merah), SMK Sri Gunung ( Bachok), SMK Hamzah (Machang) dan SMK Tengku Bendahara (Gua Musang).

 

20160510225213 (2)

 

SMK Long Gafar yang muncul sebagai Johan mendapat hadiah wang tunai RM 1,500, sijil penyertaan dan trofi.  Tempat kedua dimenangi oleh SMK Tok Janggut, Pasir Puteh dan dengan membawa pulang RM 1,000 sijil penyertaan dan trofi. Tempat ketiga, SMK Bunut Susu, Pasir Mas.Mereka menerima RM 500.00, sijil penyertaan dan trofi. Sebanyak lima hadiah saguhati RM500 serta sijil penyertaan turut disampaikan .

Penutup dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ahmad Razuki Zulkifli.

Turut hadir Pemangku Pengarah Penerangan Negeri Kelantan, Azhar Haji Ismail.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda