
Oleh Ramasamy Amas (Jempol ) / Foto: JKR
BAHAU, 13 Mei (Malaysiaaktif ) – Susulan kejadian lubang benam (sinkhole) yang berlaku di persimpangan Jelai ke Rompin berhampiran persimpangan CIMA. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melakukan kerja-kerja baik pulih.
Namun demikian pada 14 Mei berlaku satu lagi kejadian yang sama berhampiran lubang benam pertama.
Menurut jurutera JKR Jempol, Rosdi Abu Bakar, kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan oleh kontaktor dan dalam tempoh dua minggu lagi laluan tersebut akan dibuka kepada pengguna untuk ke Rompin dari pekan Jelai.
Terdahuu, semasa berlaku kejadian tersebut, bekalan air, letrik dan talian telefon terputus di kawasan Ladang Jeram, Rumah Rakyat Rompin serta Kampung Orang Asli Batu Peti dan usaha sedang dijalankan bagi membaiki keadaan.
Menurut Rosdi, kos kerja-kerja baik pulih yang pada mulanya memerlukan sebanyak RM900,000 kini dianggarkan meningkat kepada lebih RM2 juta.