Skip to main content
Berita TempatanSabahViral

Empat Mangsa Bot Karam Di Kudat Ditemui Selamat

By 13 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Zuraidah Ahmad & Maritim Malaysia (Sabah)

KOTA KINABALU, 12 Mei (Malaysiaktif) –? Empat individu yang dilaporkan hilang di perairan Kudat pada 2 Mei lalu, ditemui selamat di perairan Vietnam pada jam 8:30 pagi tadi.

Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama, Zubil Mat Som dalam satu sidang medianya, petang tadi, berkata empat mangsa itu dijangka akan dibawa balik dari perairan Vietnam pada jam 6.30 petang ini dengan aset Maritim Malaysia, KM Bistari dan aset Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Baung.

Menurutnya, semua mangsa berjaya dikesan setelah Kapal Maritim Bistari menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah bot nelayan Vietnam ketika menjalankan operasi di sekitar 240 batu nautika dari perairan tersebut.

Susulan itu, katanya, tekong bot menghubungi rakannya yang lain dan kemudiannya menyambungkan talian kepada salah seorang mangsa, Armilla Alihassan.

Jelas Laksamana Zubil, melalui perbualan awalnya bersama Armilla, dia bersama salah seorang mangsa lain, Tommy Lam Wai Yin sementara dua mangsa lain berada di bot yang lain.

Laksamana Zubil turut mengumumkan operasi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10 ditangguhkan sehingga semua individu berkenaan selamat tiba di sini.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda