
Laporan & Video oleh Asmidar Zainol / Foto Bernama
KUCHING, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Mayat keempat mangsa nahas helikopter Khamis lepas ditemukan pada pukul 3.26 petang tadi dan tiba di perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuching pada pukul 6.20 petang dengan helikopter Nuri Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Mayat tersebut yang merupakan seorang lelaki dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak menggunakan van Jabatan Pertahanan Awam untuk dikenal pasti.
Mayat ditemui kira-kira 500 meter dari mayat pertama ditemui semalam.