Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jelajah Pendidikan Bumiputera Di SMK Syed Alwi

By 7 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man pada Khamis merasmikan Jelajah Pendidikan Bumiputera  Parlimen Kangar di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kayang.

Dalam ucapannya, beliau berkata inisiatif berdasarkan idea Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini adalah khusus untuk pelajar di luar bandar dan pelajar miskin di bandar di seluruh negara bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi menghadapi ketidakmampuan.

Sehubungan itu, Azlan berharap agar mereka yang telah menamatkan pelajaran dan tidak berkemampuan supaya mengambil peluang ini demi untuk membina masa hadapan yang cemerlang.

Program ke-40 yang dianjukan oleh Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dan Yayasan Destini Anak Bangsa ini bermula pada Mac 2016.

Bagi negeri Perlis ia berlangsung di tiga Parlimen bermula, iaitu Parlimen Padang Besar pada 3 Mei dan diikuti oleh Parlimen Arau pada  5 Mei.

Sebanyak 10 rakan strategik Institut Pendidikan Tinggi Malaysia, seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Giat Mara,Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia terlibat di dalam program ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera, Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda