Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

BISTARI Peruntukkan RM50,000 Sempena Ramadan

By 22 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Rosidah Saarani

MELAKA, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Badan Amal Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Melaka (BISTARI) memperuntukkan RM50,000 bagi menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan sempena bulan Ramadan al-Mubarak ini.

Pengerusinya, Datuk Wira Fadilah Abdullah berkata dari jumlah tersebut, BISTARI telah menyalurkan RM15,000 kepada golongan susah serta OKU sebanyak RM15,000.

Tambahnya, peruntukan itu diagihkan pada setiap lawatan yang dilakukan dan sepanjang program itu dilaksanakan, sebanyak 18 keluarga telah menerima sumbangan melibatkan tiga daerah seperti Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah.

“Setiap tahun BISTARI akan terus pergiatkan aktiviti sebegini khusus bagi membantu golongan memerlukan tidak mengira bangsa,”katanya.

Fadilah juga berharap syarikat atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri ini dapat mengambil inisiatif sama bagi memastikan golongan kurang mampu terus mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Program Kembara Tautan Kasih Ikatan Sayang, Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Negeri Melaka bersama ahli BISTARI dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) di Taman Keris Emas, semalam.

Dalam program itu, Adik Muhammad Amar Amat, 2 pesakit jantung, usus tersumbat dan sindrom down menerima wang sumbangan dan barangan berupa lampin pakai buang dan susu.

 

Tinggalkan komen anda