
Oleh : Muhammad Rizal Redzuan
SUNGAI BESAR,10 jun (Malaysiaaktif) – Petugas media yang berkampung sejak lebih seminggu lalu di sini awal pagi tadi dikunjungi calon Barisan Nasional (BN) Budiman Zohdi ke Dewan Sahur, Pusat Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia(KKMM).
Budiman muncul bersama kira-kira 50 orang anggota Puteri Umno yang di ketuai oleh Naib Ketua Puteri Malaysia, Zahida Zarik Khan.
Budiman mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang telah membuat liputan sepanjang Pilihan Raya Kecil P93 (PRK) Sungai Besar. Beliau juga berjanji akan memberi kerjasama kepada media untuk sebarang keperluan pelaporan berita.
Budiman meninggalkan dewan makan Pusat Media setelah bersahur bersama petugas media.
-DK/AAS