Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Datang Senang, Balik Payah: Media Bantu Opah Balik Rumah

By 18 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri 

KUALA KANGSAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – “Opah dah lama kat sini. Nak balik tapi tiada orang nak hantar,” keluh Zaiton Mohd Ali, 74.

Cuaca yang panas di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Muzwin menyebabkan Zaiton tidak selesa setelah menunggu lebih sejam.

Zaiton yang berasal dari Kampung Pakri, Bukit Kerajaan berkata dia diambil oleh peraih undi sebuah parti dari rumahnya pagi tadi ke SK Raja Perempuan Muzwin untuk mengundi.

d29ef3b0-3d29-4c16-b0f4-e6327fe5ffc5

Opah Zaiton Mohd Ali, 74.

 

Bagaimana pun, kemudahan sampai ke pusat mengundi amat berbeza selepas kewajipan disempurnakan beliau, kerana tiada seorang pun sudi menghantarnya pulang ke rumah.

Bagaimana pun, menyedari kepayahan Opah Zaiton, petugas media yang prihatin membantu menghantar warga emas tersebut pulang ke rumahnya.

Mereka yang kebetulan bertugas di pusat mengundi tersebut merasa terpanggil untuk membantu.

“Kami lihat opah duduk lama di atas kerusi roda. Itu yang kami tanya opah. Kebetulan tugasan kami di sini dah habis, kami bantulah opah,” kata Hiekal Rosli, 35, dan Sharifuddin Abdul Rahim, 28, masing-masing daripada dua media berasingan.

Dalam pada itu, seorang lagi warga emas yang ditemui, Rokiah Mat Dom, 64, turut mengalami nasib yang sama.

05ffd78d-c6af-4894-bb99-8b6dd1cf3c1e

Rokiah Mat Dom, 64, dibantu petugas media.

“Makcik sebelum ini dah janji dengan orang kampung nak pergi sama. Tapi, pagi tadi ada orang lain datang nak bawa pergi pusat mengundi. Makcik ikut sahaja.

“Tapi, selepas habis mengundi dekat sejam setengah lalu, tiada siapa pula datang ambil. Dalam kelam kabut pagi tadi, makcik tertinggal telefon bimbit makcik,” jelas Rokiah.

Petugas media yang lain menawarkan bantuan yang sama namun kebetulan rakannya yang berada di situ bersetuju menghantarnya pulang ke rumahnya di Rancangan Perumahan Awam 1 (RPA 1), Jalan Sultan Iskandar di sini.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda