Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeKelantanViral

Memproses Arang Warisan Turun Temurun di Bachok

By 22 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan/Foto : Rosli Bin Md.Zin

BACHOK, 22 Jun (Malaysiaaktif) –  Membuat arang mungkin bukan satu perusahaan  popular atau  menjanjikan pulangan lumayan, tetapi keluarga Nazri Md Sohor,53, di Kampung Bukit Mak Lipah Mahligai gigih meneruskan perusahaan bahan bakar itu.

Ketika di temui Malaysiaaktif, Nazri berkata, perusahaan membuat arang ini diwarisi turun temurun sejak 30 tahun lalu daripada bapa mertuanya dan ia diusahakan secara bersama oleh ahli keluarga dengan bantuan lima orang pekerja.

c392a60c-85a7-4a56-828a-2190ac545fcf

 

Menurutnya, dia memperoleh bekalan kayu, seperti  kayu rambutan dan gelam daripada penduduk setempat dan pembekal luar.

“Proses membuat arang bukanlah sesuatu yang mudah kerana pada peringkat awal kayu tersebut perlu dikeringkan terlebih dahulu dan dipotong kecil.

“Sesudah itu kayu tersebut dimasukkan ke dalam rumah dandang atau lebih dikenali dengan panggilan ‘gok’, iaitu tempat pembakaran kayu untuk menghasilkan arang. Gok ini diperbuat daripada batu bata tanah liat berbentuk  seperti iglu dan sebanyak 15,000 batu bata diperlukan untuk sebuah gok, “ katanya yang mempunyai lapan gok.

c392a60c-85a7-4a56-828a-2190ac545fcf

 

Tambahnya, kayu tersebut dibakar selama 10 hingga 25 hari, dan setelah selesai proses pembakaran, kayu arang yang sudah siap dikeluarkan dari gok untuk pembungkusan.

“Saya memasarkan arang ini di pasaran  tempatan di Kelantan hingga ke luar negeri, seperti Selangor dan Pahang, dengan harga yang dijual RM1.50 sen untuk satu kampit arang bersaiz kampit beras lima kilo dan RM 16.00 untuk satu guni bersaiz guni gandum.  Permintaan arang juga bertambah  pada bulan ramadhan  kerana  ianya menjadi sumber bahan bakar untuk memasak. Anggaran keuntungan jualan arang adalah sebanyak RM 3000 sebulan.”

“Proses bahan bakar  ini juga berdepan dengan risiko seperti  gok  pecah dan perlu membuat gok yang baharu . Sebuah gok memerlukan RM5000 untuk dibina kembali, “ jelasnya.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda