Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Warna Warni Aidilfitri Melengkapi Keperluan Hari Raya

By 23 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Fauziah Hussain

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Malaysiaaktif) –  Warna-warni Aidilfitri kali ke-12 anjuran Agensi Kraftangan mengetengahkan konsep produk kraf tempatan dalam memenuhi keperluan dan persiapan warga kota menyambut Aidilfitri.

WhatsApp-Image-20160623 (5)

Ketua Pengarah Kraftangan, Hajah Zuraida Mokhtar ketika ditemui Wartawan Malaysiaaktif berkata, “Pengunjung boleh mendapatkan produk kraf yang autentik seperti hiasan dalaman rumah, pakaian raya, aksesori peralatan dan kelengkapan juadah raya hingga kepada hiasan laman.”

Seorang pelancong yang juga pengusaha pakaian dari negara India, Sunil Chauhan, 46 berkata, “Kehalusan seni kraf dan rekaan batik Malaysia memiliki daya tarikan tersendiri. Saya berminat untuk mendapatkan kerjasama perniagaan dengan beberapa pengusaha batik di sini”.

WhatsApp-Image-20160623

Beliau berpendapat penganjuran ini amat baik untuk membuka mata pelancong sepertinya terhadap produk masyarakat tempatan yang sungguh menarik dan berpotensi tinggi untuk dikembangkan ke negara lain.

“Kami membantu pengusaha dengan mempromosi dan menyediakan platform ini untuk mereka berniaga dan meningkat pendapatan”, menurut Hajah Zuraida Mokhtar.  Kraftangan pada tahun ini mensasarkan peningkatan penyertaan usahawan dari 200 (2015) kepada 220 dengan nilai jualan dari 2.4 juta (2015) kepada 3.0 juta.

WhatsApp-Image-20160623 (8)

“Kraf sebagai satu warisan turut menggalak usahawan muda yang dilatih di Institut Kraf untuk mencebur dalam industri ini sehingga ada yang berjaya dan maju dengan sokongan yang diberikan”, katanya lagi.

Pengusaha muda batik eksklusif, Muhammad Hafiz Taqiyuddin Zulkifli ketika ditemui sempat membuat satu demonstrasi dan interaktif batik kepada pengunjung.

WhatsApp-Image-20160623 (3)

Warna-warni Aidilfitri 2016 anjuran Kraftangan agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) diadakan selama 12 hari, mulai 22 Jun hingga 3 Julai 2016, dari pukul 10 pagi hingga 8 malam (Isnin-Khamis) dan 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat-Ahad) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Aktiviti ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan usahawan kraf dan usahawan Aidilfitri dalam memasarkan produk kraf terus kepada pengguna dan pengunjung di samping membangun dan menjana sumber ekonomi kepada usahawan kraf dan usahawan Aidilfitri.

DK

Tinggalkan komen anda