
Oleh:? Asmidar Zainol (Sabah)
KUNDASANG, 6 Jun (Malaysiaktif) –? ?Tragedi gempa bumi di Sabah terus diabadikan apabila sebuah monumen dibina bagi memperingati tragedi berlaku 5 Jun ?tahun lalu yang mengorbankan 18 nyawa di Kiau Gap View, Taman Kinabalu.
Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, monumen itu dibina sebagai memperingati kejadian malang yang menimpa Ranau khususnya Gunung Kinabalu dan mangsa-mangsa yang terkorban.
“Monumen itu merupakan cerminan hati kita yang sedih atas ?kehilangan 18 mangsa ?yang terkorban dari pelbagai negara dan sebahagian besar mereka ialah pelajar dari Singapura dan empat malim gunung.
“Monumen ini memberi peringatan bahawa sejarah sedih telah berlaku pada tarikh hari ini dan mudah-mudahan akan menjadi tanda bahawa aktiviti mendaki gunung ini bukan hanya sebagai pengalaman yang indah tetapi sebagai usaha berterusan untuk menjaga keselamatan semua pendaki,” katanya selepas upacara meletakkan kalungan bunga di monumen tersebut semalam?.
Masidi turut mengucapkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam operasi menyelamat semasa tragedi berlaku dan kepada kerajaan Singapura yang turut membantu memudahkan proses menyelamat.
Sementara itu, Pengerusi Taman-Taman Sabah Tengku Zainal Adlin berkata, bersempena setahun tragedi ?tersebut, ibu bapa kepada salah seorang pelajar dari Singapura yang terkorban, mendiang Sonia Jhala, Jaidipsinh Jhala Himatsinh dan Karen Judith Jhala turut melakukan pendakian pagi semalam bagi melengkapkan pendakian mendiang.
Lebih bermakna, pendakian tersebut menggunakan jurupandu daripada ahli keluarga malim yang terkorban iaitu, Mendiang Robbie.
Zainal juga memaklumkan, Jaidipsinh dan Karen turut mengumpul sumbangan sebanyak USD 10 ribu dan disumbangkan kepada sebuah tadika di Kampung Kiau dan kepada Persatuan Malim Gunung, Ranau.
SF