Skip to main content
Berita TempatanSabah

Sunset Music Fest Promosi Simpang Mengayau

By 6 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

  Oleh: ?Asmidar Zainol & Azman Jumat (Sabah)

KUDAT, 6 Jun  (Malaysiaktif) –? Sunset Music Fest @ the Tip of Borneo berjaya mempromosikan Simpang Mengayau sebagai salah sebuah destinasi pelancongan wajib untuk dilawati di Sabah.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, program ini dapat memperkenalkan Simpang Mengayau sebagai tarikan pelancong secara berkala.

“800 tiket yang habis dijual ini, menunjukkan sunset fest mendapat tempat di hati pengunjung tempatan dan luar negara.Sunset (11)

“Banyak pelancong bergembira dan paling membanggakan, majoriti artis yang membuat persembahan merupakan anak tempatan. Ini menunjukkan rakyat Sabah amat berbakat dalam bidang seni,” katanya semasa merasmikan Sunset Music Fest@ The Tip Of Borneo di Simpang Mengayau, Kudat, semalam.

Tambahnya, pihaknya akan berbincang dengan jawatankuasa penganjur untuk mempelbagaikan persembahan agar lebih menghiburkan dan menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara menyaksikan program berkenaan.

Program yang bermula pada 5.00 petang dan berakhir 9.00 malam itu menampilkan Esther Applunius, The Deep Buskers, Matlankidz & Brothers, D’Franciscan UKE Onsoi (DFUO), serta penampilan istimewa Marsha, Farhan dan Dafi.

SF

Tinggalkan komen anda