
Oleh B.Tanggamal
SUNGAI BESAR, 4 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajan memberi bantuan sebanyak dua bilion ringgit kepada golongan petani di seluruh negara bagi membantu meningkatkan daya saing mereka supaya terus maju.
Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengaturkan banyak program dalam usaha menolong dan menarik minat golongan muda dalam sektor pertanian.
Golongan Peladang Wanita turut diberi peluang dan meningkatkan Ekonomi wanita.
“Peladang Nita disaran untuk mengembangkan perniagaan supaya dapat meningkatkan hasil keluaranya,” kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Datuk Haji Zainal Dahlan semasa Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Wisma Pertubuhan Peladang Sungai Besar hari ini.
Majlis tersebut bertujuan mendekati golongan Peladang Nita,Peladang Muda dan Nelayan Darat.
Menurut Tajuddin, “Masa depan anak-anak kita terletak di tangan kita dan kerajaan sentiasa membantu mereka untuk belajar, selain meningkatkan taraf hidup mereka.”
Sempena majlis yang di hadiri kira-kira 300 orang itu para nelayan darat menerima sumbangan elaun sara hidup.