Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Azalina: Jangan Jadikan Usul Pindaan RUU Modal Kempen

By 4 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 4 Jun (Malaysiaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Datuk Othman Said berharap isu pindaan rang undang-undang persendirian yang diusulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini tidak dijadikan isu berkempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tambahnya, pindaan rang undang-undang itu tidak sepatutnya dijadikan isu berkempen kerana ia hanya pembentangan usul.

“Banyak pihak telah terangkan. Kita tak lepas lagi bacaan pertama, tiada perbahasan dan tiada undi lagi. Saya berharap semua pihak, termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan fokus hanya kepada PRK semata-mata dan bukan kepada ini.

“Bagi saya pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar mesti memberi fokus kepada isu tempatan. Jika melihat kepada isu nasional di parlimen bagi saya agak tidak matang,” ujar beliau.

Azalina ditemui ketika merasmikan penutupan Kayuhan Cinta Malaysia Ambang Ramadan di Sekolah Rendah Sungai Limau, di sini tengah hari tadi.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda