Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeSelangorViral

Sah Tiga Penjuru di PRK Sungai Besar -SPR

By 5 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Mohamad Zairin Bin Mohamad Zin

SUNGAI BESAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan melalui Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen P.093 Sungai Besar bahawa selepas pemeriksaan dengan teliti, tiada kertas calon undi yang ditolak.

Pihak SPR telah menerima kertas pencalonan daripada calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi pada 9.03 pagi dan pencadangnya ialah Masloro Bin Abdullah sementara penyokongnya ialah Ng Boon Keong.

Kertas pencalonan kedua diterima daripada calon Amanah, Azhar Abdul Shukur pada 9.05 pagi dan pencadangnya ialah Maswan Amir manakala penyokongnya ialah Rasman Ahmad.

Sementara itu, calon PAS pula, Dr. Abdul Rani Osman menghantar kertas pencalonan pada 9.12 pagi dan pencadangnya ialah Mohd Maksom Ramli serta penyokongnya ialah Salihuddin Baharom.

Secara rasminya, di Parlimen P.093 Sungai Besar akan berlakunya pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan Amanah.

Tempoh berkempen oleh parti bertanding bermula hari ini sehingga 12.00 tengah malam pada 17 Jun 2016.

Pihak SPR juga mengumumkan 14 Jun 2016 sebagai tarikh pengundian awal manakala tarikh mengundi adalah pada 18 Jun 2016. Pusat-pusat mengundi akan diumumkan kemudian selepas diwartakan.

-SF

Tinggalkan komen anda