Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Tiada Halangan Ibu Dalam Pantang Keluar Mengundi

By 18 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 18 Jun (Malaysiaaktif) – Seorang ibu muda dalam pantang tidak terkecuali dalam menunaikan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, hari ini.

Nurul Jannah Fuzian, 24, yang berasal dari Bukit Chandan keluar mengundi ditemani ibunya. Dia yang baharu 18 hari melahirkan seorang anak lelaki pada 1 Jun lalu bersemangat untuk mengundi.

“Ini merupakan kali pertama saya mengundi, jadi saya memang cukup teruja. Saya rasa walaupun masih dalam pantang namun ia tidak menghalang saya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi,” ujarnya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin, sebentar tadi.

 

2a4d2540-3a61-421b-93bd-28f917dfe3fd

Marehan Arshad antara yang keluar mengundi.

 

Selain itu, seorang pengundi OKU cacat penglihatan, Marehan Arshad, 57, yang ditemui berkata, dia juga tidak melepaskan peluang untuk mengundi di PRK kali ini.

“Mudah-mudahan calon yang makcik pilih akan menang. Harapan makcik agar calon yang menang nanti akan mengotakan semua janjinya,” jelas Marehan yang berasal daripada Kampung Padang Changkat.

 

8d31bcab-bbbc-4889-ae91-5ae71a7acbdd

Tujuh sekeluarga yang keluar mengundi di Kuala Kangsar.

 

Dalam pada itu, tujuh sekeluarga gembira dapat mengundi bersama-sama hari ini. Azri Ibrahim, 45, datang ke sini dengan tiga lagi adik-beradiknya, Junaidah Ibrahim, 38, Jarina Ibrahim, 50, dan Jariah Ibrahim, 51.

Malahan, ibu saudaranya, Suhaini Tahir, 60, dan dua anak saudaranya, Nur Shahira Mohd Latfi, 23 dan Liyana Abd Halim, 26, turut bersama-sama mengundi.

“Harapnya PRK kali ini berjalan dengan lancar. Kalau calon yang kita undi itu berjaya, kita harap dia jalankan tugas-tugas dia dan apa yang dia telah janjikan,” kata Asri.

 

dc5be197-b991-4cba-8bae-b150c12a9f4e

Syed Azman Syed Abu Bakar pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi.

 

Sementara itu, seorang pengundi bagi Parlimen P.067 ini, Syed Azman Syed Abu Bakar, 42, yang bekerja di Kuala Lumpur pulang untuk mengundi di Kuala Kangsar.

“Saya baru tiba dari Kuala Lumpur pagi tadi dan terus ke SK RPM untuk mengundi. Ini merupakan kali kedua saya mengundi di sini. Kali pertama saya mengundi di sini ialah ketika Pilihan Raya Umum Ke-13,” jelas Syed Azman yang hadir ditemani ibu dan ayahnya yang turut mengundi di sini.

Sehingga pukul 2.00 petang ini, pihak Surahanjaya Pilihanraya (SPR) mengesahkan peratusan mengundi di PRK Kuala Kangsar telah mencecah 59 peratus.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda