Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Cuaca Baik Menggalakkan Ramai Keluar Mengundi

By 18 Jun 2016Februari 12th, 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa & Dila Khamde

SUNGAI BESAR, 18 Jun (Malaaysiaaktif) – Cuaca mendung pada pagi tadi yang bertukar menjadi panas terik menampakkan semakin ramai pengundi Sungai Besar memenuhi pusat mengundi di SK Seri Utama di sini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga 1.00 tengah hari tadi, sebanyak 53% pengundi telah keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar P.093.

Manakala, jumlah keluar mengundi mengikut daerah mengundi dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari berjumlah 964 (36.6%) di Daerah Mengundi Pekan Sungai Besar dan 1,097 (41.3%) di Daerah Mengundi Kampung Baharu Nelayan.

Pada hari ini seramai 42, 365 pengundi, iaitu 26, 278 bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan 16, 108 dari DUN Sekinchan keluar mengundi di 28 pusat mengundi sehingga 5.00 petang ini.

Sementara itu, Calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi telah keluar mengundi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Sungai Limau pada 8.50 pagi tadi, manakala calon Parti Islam Se-Melaya (PAS), Dr Rani Haji Abdul Rani Osman dan calon Amanah, Ustaz Azhar Datuk Ab Shukur dilihat turun ke pusat mengundi bagi memantau keadaan semasa.

Pada Pilihan Raya Umum 13 yang lalu, BN memenangi kerusi P.093 Sungai Besar ini dengan mengatasi PAS dengan majoriti 399 undi.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda