Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Kekalkan Tradisi, Berbuka Puasa Dengan Nasi Talam

By 25 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh : Norhayani Hashim (Seberang Perai)

KEPALA BATAS, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Tradisi nasi talam dikatakan dapat merapatkan siraturrahim.

Bagi mengekalkan tradisi ini, Komuniti 1Malaysia Lahar Tabot dengan kerjasama Masjid Jamek Nurussaadah meraikan anak-anak kariah dan penduduk setempat dengan mengadakan majlis berbuka puasa berkonsepkan nasi talam.

Nasi dan lauk pauk seperti ayam masak merah, dalca daging, jelatah timun dan nenas dihidang dalam satu talam untuk dikongsi bersama empat hingga lima orang.

Menurut Pengerusi K1M Lahar Tabot, Haji Abd. Rahman Yahaya, nasi talam merupakan tradisi lama yang masih dipraktikkan di sesetengah tempat termasuklah komuniti di sini.

“Program tersebut diadakan bagi mengeratkan silatulrahim sesama anak kariah dan penduduk tempatan.

“Pada masa sama juga pihak komuniti dapat digerakkan untuk bersama-sama melaksanakan program yang bersifat kemasyarakatan. Apatah lagi di bulan Ramadan ini yang menuntut kita melaksanakan banyak aktiviti amal dan berfaedah,” jelas Rahman.

– AH

Tinggalkan komen anda