Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

McDonald’s Taja Burger Moreh

By 24 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Zaidi Muslimin (Bukit Mertajam)

BUKIT MERTAJAM, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Menyediakan menu yang berlainan, jamuan moreh Masjid Jamek Alma Jaya di sini sekali lagi dimeriahkan dengan menu burger, semalam.

Menu yang didatangkan oleh McDonald’s itu dikongsi bersama qariah masjid yang mengerjakan solat tarawih. Perkara ini dimaklumkan oleh seorang Ahli Jawatan Kuasa Masjid Alma Jaya, Rosli Wan Hamid.

Menurut Rosli, syarikat makanan segera, McDonald’s ingin berkongsi rezeki dan keberkatan di bulan Ramadan melalui tajaan tersebut.

Jelasnya, McDonald’s telah menaja slot moreh di masjid berkenaan pada setiap hari Khamis di bulan Ramadan ini.

Pembabitan McDonald’s dalam tajaan moreh pada kali ini menjadikannya pembabitan yang kedua, setelah bermula pada tahun lepas.

Pengagihan makanan dibuat setelah para jemaah selesai menunaikan solat tarawih lapan rakaat. Kanak- kanak dilihat turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati makanan terkenal ini.

Sebanyak 250 set bungkusan makanan diagihkan kepada para jemaah dengan menu sebiji burger, sebiji pai buah-buahan dan minuman buah-buahan.

Tambah Rosli, sebanyak tiga cawangan restoran McDonald’s telah mengambil bahagian dalam usaha murni ini, antaranya adalah cawangan McDonald’s Tesco Alma, Auto City dan Perai.

WhatsApp-Image-20160624 (4)2

Keprihatinan McDonald’s ini telah mendapat pujian daripada masyarakat setempat kerana tidak semua orang dapat menikmati makanan sebegitu.

“Bagi golongan kurang mampu, mereka tidak memilih untuk ke restoran ini atas kesempitan hidup mereka.

“Usaha murni ini patut dicontohi oleh syarikat makanan segera lain untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan untuk menikmati makanan seperti ini,” jelas Rosli lagi.

– AH

Tinggalkan komen anda