
Oleh Dila Khamde
SUNGAI BESAR, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Pengundi awal, Mohd Norizhar Mohd Sabri,56 yang merupakan pesara polis hadir untuk mengundi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sabak Bernam, hari ini.
Menurutnya, ini merupakan kali ke-empat beliau mengundi di kawasan ini.
“Antara perbezaan yang dapat dilihat ialah teknik mengundi. Sebelum ini saya mengundi menggunakan pos. Sekarang undian dibuat seperti orang awam dan tambahan ditanda jari dengan penggunaan dakwat”, katanya ketika ditemui.
Manakala anggota polis Ilham Maulana Joto, 40 yang bertugas di ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor berkata,” Pilihan raya kali ini dilihat berjalan dengan lancar dan tiada perbezaan seperti sebelumnya.”
Sementara itu, Nur Syamila Ismail yang bertugas sebagai anggota polis trafik di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sabak Bernam berharap calon yang bertanding dapat memenuhi keperluan rakyat kawasan Sungai Besar ini.