
Oleh: Krisha Selladurai (Pontian)
PONTIAN, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing semalam, ditemui mati lemas di persisiran pantai Pontian, di sini pagi tadi.
Mangsa, Isa Muhammad, 45, ditemui sekumpulan nelayan tidak jauh dari tempatnya memancing pada pukul 9.15 pagi.
Malaysiaaktif diberitahu, Isa keluar memancing bersendirian dengan menggunakan bot fiber kira-kira pukul 6.20 petang semalam, sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam laut, kira-kira 500 meter dari jeti Pontian.
Operasi dan menyelamat ini telah melibatkan seramai 36 anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
– AH