Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sumbangan Aidilfitri Ceriakan Warga Emas

By 3 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 2 Julai (Malaysiaaktif) – Kedatangan Aidilfitri tahun ini disambut dengan keceriakan di wajah seorang warga emas, Che Chik Abdul Hamid, 70 tahun.

Che Chik yang merupakan seorang ibu tunggal setelah kematian suami tiga tahun lalu, kelihatan begitu ceria kerana terpilih untuk menerima sumbangan Aidilfitri semalam.

Menurut Che Chik, sumbangan yang diterima akan diguna sebaik-baiknya untuk persiapan bulan Syawal.

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba empat hari lagi, 100 warga emas daripada 22 kampung dan taman perumahan sekitar Bertam, menerima sumbangan Aidilfitri semalam.

WhatsApp-Image-20160702 (7)

Program Penyampaian Sumbangan Sempena Aidilfitri anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Yayasan Abadi ini telah diadakan di Masjid Jamiul Badawi, di sini.

Sudah menjadi acara tahunan, program ini diadakan bagi meringankan beban penerima terpilih untuk menghadapi Aidilfitri.

Turut hadir, ADUN Bertam, Haji Shariful Azhar Othman.

– AH

Tinggalkan komen anda