Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Jualan Amal, Ringankan Beban Sambut Aidilfitri

By 3 Julai 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh Mazlina Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Malaysiaaktif) – Ke arah meringankan beban penduduk bandar bagi menghadapi persiapan sambutan Aidilfitri dalam beberapa hari lagi, Pemuda UMNO Bahagian Batu dipimpin Ghulam Muzaffar telah membuat jualan amal sempena sambutan Aidilfitri, Jumaat lepas.

“Program ini adalah kali pertama dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Batu. Antara barangan yang dijual adalah 1 kilo daging, 2 kilo beras, 1 peket gula dan 1 peket minyak masak yang dijual dengan harga RM15.00”, katanya.

Tambahnya, “Ini adalah langkah permulaan dan akan diteruskan dengan barangan keperluan harian yang lain jika mendapat sambutan”.

Sebanyak 500 bungkusan dijual kepada penduduk setempat di perkarangan Masjid Al Hidayah Sentul Kuala Lumpur mulai jam 10.00 pagi. Lokasi ini dijadikan tempat pengurusan pembungkusan dan pengedaran barangan tersebut.

Orang ramai boleh mendapatkan barangan ini dengan membeli kupon berharga RM15.00. Jualan Amal ini terbuka kepada orang ramai, tidak kira golongan dan bangsa.

“Kalau dalam bulan Ramadan banyak sumbangan kepada orang-orang asnaf, miskin, ibu tunggal, anak anak yatim dan OKU. Jualan amal ini dijual kepda orang ramai bagi menghadapi persiapan menyambut hari raya”, ujarnya lagi.

Zaleha Md Arshad, seorang pembeli berkata ia amat gembira dan bersyukur kerana jualan amal ini dapat membantu meringankan beban bagi menyambut hari raya nanti.  “Mana nak dapat 4 barang dengan harga RM15.00. Ini amat murah dan saya berterima kasih kepada penganjur yang membuat jualan amal ini”, katanya.

Pengerusi Masjid, Haji Rusman Kasim berkata pihaknya diberi penghormatan untuk memulakan pengedaran bungkusan kepada pembeli.  “Tidak sampai 1 jam bungkusan habis dijual dan ada yang masih bertanyakan tentang jualan amal ini”.

“Inilah satu sikap terpuji yang perlu dicontohi oleh Badan-badan Korporat, NGOS dan Persatuan kerana jualan amal ini boleh dirasai oleh semua golongan”, katanya lagi.

Pemuda UMNO Bahagian Batu akan meneruskan jualan amal selepas Aidilfitri jika mendapat sokongan dari penyumbang dan orang ramai.

DK

 

Tinggalkan komen anda