
Oleh: ?Mohammad Khairul Azad Yunus & Taulani Hamzah (Sabah)
KOTA KINABALU, 4 Ogos (Malaysiaktif) –?Bank Rakyat menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun 2015 sebanyak RM 1,568,205 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Zakat diserahkan oleh Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Mohd Shahril Isa kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri, semalam.
Menurut beliau, bank tersebut memperuntukkan RM 37,192 juta zakat perniagaan untuk seluruh Malaysia pada tahun lepas.
“Sumbangan zakat ini diperuntukkan menerusi keuntungan yang diperoleh daripada pendapatan bank antaranya daripada pembiayaan.
“Penyerahan zakat perniagaan hari ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Bank Rakyat bagi menghargai masyarakat di Sabah yang banyak memberi sokongan terhadap perkembangan perniagaan bank ini,” jelasnya.
Sementara itu, sejumlah RM 107,686.03 zakat perniagaan Perbadanan Pinjaman Sabah bagi tahun yang sama disampaikan Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohamad Jaffry disaksikan Tun Juhar.
Hadir sama Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah, Datuk Linda Tsen dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Vincent Pung.
SF