
Oleh :Mohamad Anizan Mat Daud (Kota Bharu)
KOTA BHARU, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang jemaah haji dari negeri ini tiba di Madinah, hari ini.
Kumpulan tersebut tiba kira-kira pukul 4.05 pagi tadi waktu Malaysia dan 8.15 pagi waktu saudi.
Penerbangan KT 15D /MH8113 yang membawa jemaah dari Kota Bharu berlepas ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 12 ogos, 12.05 tengah malam tadi.
“Jemaah Kelantan ini digabungkan dengan kumpulan jemaah dari Terengganu (150 orang), Johor (150) dan Kelana Jaya (39 orang), menjadikan jumlah keseluruhan jemaah adalah seramai 489 orang dari negara ini”, ujar Timbalan Pengarah Tabung Haji (T) Negeri Kelantan, Hj. Ashrof bin Shamsudin.
Pelepasan jemaah haji dari Kelantan adalah sebanyak 8 penerbangan yang bermula 11 hingga 16 Ogos 2016 secara berterusan dan diteruskan pada 26 & 27 Ogos.
Pelepasan kumpulan bakal jemaah haji ini telah disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, bagi mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji ke Baitullahhilharam.
-SH