
Oleh Mejar Sabarudin Yeop Hamzah (Negeri Sembilan)
SEREMBAN, 31Ogos (Malaysiaaktif) -Seramai 15000 orang awam dan 110 kontijen terlibat dalam perarakan Hari Kebangsaan Ke 59 Peringkat Negeri Sembilan.
Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan hadir bersama rakyat jelata seawal jam 8 pagi.
Pada tahun ini pihak ATM dari Briged Pertama Infantri telah mempamerkan kekuatan aset tempur mereka. Antara aset tersebut ialah kereta kebal PT70 Pendekar buatan Poland, Kereta berperisai Adnan buatan Turki dan kereta perisai kondor serta meriam 155mm buatan Afrika Selatan. selain daripada itu pihak ATM jua menghantar 1000 anggota tempurnya menyertai perarakan.
Beberapa orang awam ysng ditemui menyuarakan rasa bangga dan kagumnya dengan keupayaan aset yang dimiliki oleh ATM. Mohd Izzuddin dari Paroi berkata bahawa beliau amat yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan negara menjaga keamanan negara.
Selain daripada itu, pada tahun ini pendekatan strategi lautan biru telah dilaksanakan apabila pasukan keselamatan negara telah bergabung membentuk satu ketumbukan yang bersepadu semasa membuat persembahan tarian perang.
Turut sama hadir dlm majlis sambutan pada kali ini ialah Undang Rembau, Undang Sungei Ujong, Tengku Bedar Tampin, Menteri Besar Begeri Sembilan, Barisan Exco, ketua ketua jabatan negeri dan persekutuan serta pemimpin masyarakat.
MRR