Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Kejiranan #SehatiSejiwa Gelora Merdeka Sungai Durian

By 31 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhamad Nawawi Kasa

PENDANG, 31 Ogos (Malaysiaaktif ) – Semangat kejiranan sehati sejiwa menjadi pemangkin kepada sambutan Hari Kebangsaan ke-59 bagi penduduk Kampung Sungai Durian di sini.

Bermula dari malam Ambang Merdeka hingga pagi 31 Ogos, meraka tanpa rasa letih bermuafakat menjayakan program untuk mengisi amalan tradisi kemerdekaan ini.

Menurut Pengerusi Majlis Muafakat Komuniti 1 Malaysia Daerah Pendang, Mohd Khir Haji Hamid, 52, sambutan kemedekaan ini sememangnya telah menjadi satu acara tradisi di kampung ini.

IMG-20160831-WA0044

Amalan muafakat kejiranan diteruskan kerana ia memberi kesan mendalam terhadap penduduk Kampung Sungai Durian selain mengimbau nostalgia.

Acara dimulakan dengan perarakan sejauh 1 km dan dikuti acara sukaneka bagi memeriahkan serta memupuk semangat kejiranan dalam kalangan generasi muda, khususnya.

pelajar UiTM Shah Alam, Nur Nadiah Binti Md Yazid, 22, yang turut serta dalam program ini berkata ia merupakan satu bentuk pengisian yang amat bermakna bagi generasi seperti beliau yang selama ini kurang diberi perhatian serta dipinggirkan.

Katanya lagi dengan tema “sehati sejiwa” memberi kesan positif kepadanya kerana mencetuskan semangat cinta kepada negara serta memupuk muafakat kejiranan yang kukuh dalam melahirkan generasi berintergriti.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda