Skip to main content
HomeKuala Lumpur

Video Petronas Ketengah Mesej ‘Jaga Diri’

By 26 Ogos 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa / Harun Fadzillah

AMPANG, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – “Mesej ‘Take Care-Jaga Diri’ bukan hanya untuk diri kita semata-mata tetapi juga untuk semua orang di sekeliling kita.

“Jika cikgu, tentulah untuk budak-budak sekolah. Jika saya di rumah tentulah anak-anak saya. Jika di jalan raya, saya mesti ‘Jaga Diri’ orang di jalan raya. Jadi sangat penting untuk kita ‘Jaga Diri’.

Demikian kata, Hilda Looi Oon LeeĀ yang ditemui ketika Pelancaran Kempen “To Malaysia with LoveĀ (Untukmu Malaysia Tanah Air Tercinta) di Tower 2, Menara Berkembar Petronas pagi tadi.

Pada pelancaran tersebut, Petronas turut melancarkan sebuah video pendek yang bertajuk ‘Jaga Diri’ yang menggambarkan realiti masyarakat Malaysia yang penuh dengan semangat kasih sayang dan bersatu padu sehingga mampu hidup dalam keadaan harmoni selama 59 tahun.

Hilda yang memegang watak sebagai Puan Ooi, Cikgu kepada Amar di sekolah dalam iklan Hari Kebangsaan Petronas turut berasa bangga kerana terlibat dalam produksi gah Petronas yang banyak mengeluarkan video menarik yang menyentuh hati rakyat Malaysia.

"Sangat penting untuk kita 'Jaga Diri'," kata Hilda Looi

“Sangat penting untuk kita ‘Jaga Diri’,” kata Hilda Looi.

 

“Bulu roma saya tengah naik sekarang ini. Selama ini, saya selalu tengok iklan Petronas yang sentiasa menyentuh perasaan. Saya tak pernah sangka terpilih sebagai pelakon kerana video Petronas ini sentiasa besar reputasinya. Ibarat mimpi jadi realiti.

“Malaysia perlu tahu kita ini satu. Saya tinggal di China selama 20 tahun. Namun di sana saya tetap bangga untuk cakap saya ialah rakyat Malaysia. Penting untuk kita sebarkan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat Malaysia,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abd Rahman berkata tema ‘Jaga Diri’ ini amat tepat untuk menggambarkan komuniti Malaysia yang pelbagai tidak kira Melayu, Cina dan India yang tanpa kita sedar kita sentiasa ‘Jaga Diri’ antara satu sama lain.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abd Rahman bersama Pengarah dan pelakon-pelakon 'Jaga Diri'.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah Abd Rahman bersama Pengarah dan pelakon-pelakon ‘Jaga Diri’.

 

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Petronas menggambarkanĀ setiap rakyat Malaysia sebagaiĀ inspirasi.Ā Selain video ‘Jaga Diri’, Petronas turut melancarkan enam video pendek yang menggambarkan sumbangan Petronas sejak 1974 dalam pelbagai bidang di Malaysia.

Dalam pada itu, menurut Pengarah video ‘Jaga Diri’, Ismail Kamarul, video ini menjelaskan sikap rakyat Malaysia yang tanpa kita sedar sering mengambil berat membantu antara satu sama lain.

Pengarah video 'Jaga Diri', Ismail Kamarul.

Pengarah video ‘Jaga Diri’, Ismail Kamarul.

 

“Realiti ‘Jaga Diri’ memang ada dalam diri kita semua sebenarnya. Tidak kira apa bangsa itulah perkataan yang sentiasa kita ucapkan, sedar atau tidak, inilah budaya kita,” jelasnya yang juga merupakan Pengarah bagi Iklan Tahun Baharu Cina Petronas tahun ini.

Bagi Farah Azwa Nasir, 40,Ā ibu kepada watak utama, Amar atau nama sebenarnya, Muhammad Afkar Jaris Sariful Azli, anaknya itu berasa sungguh teruja kerana dapat berlakon dalam video Hari Kebangsaan Petronas kali ini.

“Sejak berumur empat tahun Jaris dah mula buat iklan biasa, ini kali pertama dia buat untuk merdeka. Excited dia semacam sedikit. Jaris berlakon sebagai anak dan pelajar yang di sekelilingnya orang kerap menggunakan perkataan ‘Jaga Diri’.

“Apa-apa yang kita buat, ke mana-mana kita pergi, dengan siapa kita bercampur, kita semua kena ‘Jaga Diri’, bukan sekadar untuk kita, tetapi juga untuk semua orang yang kita sayang,” katanya lagi.

Video ‘Jaga Diri’ yang mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan ini bakal disiarkan menerusi semua media mulai hari ini sehingga 18 September 2016.

 

 

-DZ

 

Tinggalkan komen anda