
Laporan dan Foto oleh : Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)
JERAM, 20 Sept (Malaysiaaktif) – Fenomena air pasang laut besar sejak dua hari lalu menyebabkan air naik ke darat sekitar kawasan pesisir Pantai Jeram dan Pantai Remis.
Seorang penduduk, Husin Jaumar, 55 berkata, âKeadaan air pasang laut hari ini tidak seperti semalam yang menyebabkan air naik tinggi ke daratâ.
âSemalam, air laut telah melimpahi darat menyebabkan beberapa kampung terjejas. Antaranya ialah Kampung Sungai Sembilang dan Kampung Sungai Janggot yang melibatkan 25 buah rumah berhampiran pantaiâ, kata Husin.
Menurutnya lagi, âKeadaan air pasang laut kali ini adalah paling besar pernah berlaku sejak 30 tahun laluâ.

Kiri, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Selangor, Azizul Hakim Abdul Rahman bersama penduduk setempat
Menurut Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Selangor, Azizul Hakim Abdul Rahman, âKeadaan air pasang laut tidak seperti semalam kerana tiada ribut yang menyebabkan ombak tinggiâ.
Tambah beliau, ketinggian paras air pasang laut juga sama seperti semalam iaitu 5.5 meter dan pihaknya juga menjangkakan fenomena air pasang surut laut akan kembali seperti biasa.
Golongan peniaga gerai di sekitar Pantai Remis juga terjejas akibat air laut melimpahi ke darat. Menurut salah seorang peniaga gerai makanan, Muhd Hafiz Karia, 28, punca pendapatannya terjejas apabila tidak dapat berniaga semalam.
âSaya telah berniaga selama lima tahun di sini  dan fenomena air pasang laut besar pernah berlaku sebelum ini tetapi tidak seteruk iniâ ujarnya.
Manakala bagi peniaga gerai hasil laut, Shafinah Sulaiman, 42, pula, âSaya telah berniaga empat tahun di sini tetapi ini adalah pengalaman pertama saya melihat keadaan air pasang besar dan menaiki tinggi ke pesisirâ.
âTiada sebarang kerosakkan melibatkan gerai jualan dan keadaan telah kembali normal untuk hari iniâ kata Shafinah.
Setakat ini tiada mangsa perpindahan akibat fenomena air laut pasang sejak dua hari lalu. Agensi kerajaan yang terlibat dalam Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor membuat pemantauan secara berkala dalam melihat paras air laut.
-DK