Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Peniaga Terjejas Akibat Fenomena Air Pasang Besar Di Jeram

By 20 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh : Sharman Subramaniam (Kuala Selangor)

JERAM, 20 Sept (Malaysiaaktif) – Fenomena air pasang laut besar sejak dua hari lalu menyebabkan air naik ke darat sekitar kawasan pesisir Pantai Jeram dan Pantai Remis.

Seorang penduduk, Husin Jaumar, 55 berkata, “Keadaan air pasang laut hari ini tidak seperti semalam yang menyebabkan air naik tinggi ke darat”.

“Semalam, air laut telah melimpahi darat menyebabkan beberapa kampung terjejas. Antaranya ialah Kampung Sungai Sembilang dan Kampung Sungai Janggot yang melibatkan 25 buah rumah berhampiran pantai”, kata Husin.

Menurutnya lagi, “Keadaan air pasang laut kali ini adalah paling besar pernah berlaku sejak 30 tahun lalu”.

Kiri, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Selangor, Azizul Hakim Abdul Rahman bersama penduduk setempat

Kiri, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Selangor, Azizul Hakim Abdul Rahman bersama penduduk setempat

Menurut Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Selangor, Azizul Hakim Abdul Rahman, “Keadaan air pasang laut tidak seperti semalam kerana tiada ribut yang menyebabkan ombak tinggi”.

Tambah beliau, ketinggian paras air pasang laut juga sama seperti semalam iaitu 5.5 meter dan pihaknya juga menjangkakan fenomena air pasang surut laut akan kembali seperti biasa.

whatsapp-image-2016-09-20b

Peniaga-peniaga gerai di sekitar Pantai Remis

Golongan peniaga gerai di sekitar Pantai Remis juga terjejas akibat air laut melimpahi ke darat. Menurut salah seorang peniaga gerai makanan, Muhd Hafiz Karia, 28, punca pendapatannya terjejas apabila tidak dapat berniaga semalam.

“Saya telah berniaga selama lima tahun di sini  dan fenomena air pasang laut besar pernah berlaku sebelum ini tetapi tidak seteruk ini” ujarnya.

Peniaga, Muhd Hafiz Karia

Peniaga gerai, Muhd Hafiz Karia

Manakala bagi peniaga gerai hasil laut, Shafinah Sulaiman, 42, pula, “Saya telah berniaga empat tahun di sini tetapi ini adalah pengalaman pertama saya melihat keadaan air pasang besar dan menaiki tinggi ke pesisir”.

“Tiada sebarang kerosakkan melibatkan gerai jualan dan keadaan telah kembali normal untuk hari ini” kata Shafinah.

Setakat ini tiada mangsa perpindahan akibat fenomena air laut pasang sejak dua hari lalu. Agensi kerajaan yang terlibat dalam Jawatankuasa Bencana Daerah Kuala Selangor membuat pemantauan secara berkala dalam melihat paras air laut.

-DK

Tinggalkan komen anda