Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

SK Bukit China Serlahkan Kreativiti Dengan Bahan Kitar Semula

By 6 September 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan dan foto oleh M Zakry Chan

MELAKA, 6 Sept (Malaysiaaktif) – Berkonsepkan tema satu Malaysia dalam menampilkan keceriaan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2016, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit China dinobatkan sebagai juara peringkat Daerah Melaka Tengah.

Guru Besarnya, Muhammad Nor Hamzah berkata kejayaan SK Bukit China ini adalah kerjasama semua guru dan murid-murid.

“Saya amat terharu dengan kejayaan ini, titik peluh kami warga SK Bukit China dalam memastikan kejayaan ini berbaloi dan kami pasti akan berusaha lagi untuk menarik perhatian juri dalam penilaian di peringkat negeri nanti.

Replika Kapal Layar Panglima Awang yang dihasilkan murid2

Replika Kapal Layar Panglima Awang yang dihasilkan oleh murid-murid SK Bukit China.

 

“Walaupun kami kekurangan dalam pelbagai aspek antaranya kewangan dan tenaga namun berkat kerjasama pelbagai pihak terutamanya Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berjaya menerusi pelbagai program yang dianjurkan.

Kami akan berusaha dengan gigih lagi dalam memastikan panel penilai di peringkat negeri nanti terpegun dengan keistimewaan SK Bukit China,” jelasnya dengan penuh semangat ketika ditemui di sekolah tersebut tadi.

2

Ketua Panel Penilai Peringkat Daerah, Mohd Nor Samion berkata SK Bukit China adalah salah satu sekolah yang mengikuti skema pemarkahan yang telah ditetapkan.

“Antaranya, penggunaan bahan-bahan kitar semula dalam menyampaikan kreativiti menceriakan sekolah. Terdapat juga tugu kemerdekaan serta sudut sejarah kemerdekaan disertakan dengan slogan dan pantun,” ujar Mohd Nor.

1

Tambahnya, ini semua menjadikan suasana keceriaan lebih menarik dan sudah pasti dapat mencuit hati panel dalam memberi markah yang lebih.

Guru2 yang menanti kehadiran penilai

Guru-guru termasuk Guru Besar SK Bukit China (tengah) yang berpakaian seperti pahlawan Melayu menantikan kehadiran penilai.

 

“Di samping itu, persepsi awal panel penilai ketika hadir ke sekolah untuk menilai disambut dengan permandangan indah pintu gerbang berkonsepkan keharmonian pelbagai kaum. Ini dapat diterjemahkan melalui tanglung Cina dan India serta kain batik yang menggambarkan betapa kuatnya ikatan masyarakat berbilang kaum di Malaysia,” jelasnya.

Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan 2016 ini merupakan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan beberapa kategori dipertandingkan antaranya Sekolah, Kampung Tradisional, Taman Perumahan, Bangunan Kerajaaan dan Swasta, Pintu Gerbang serta Anjung Komuniti 1Malaysia.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda