Skip to main content
HomeViral

Hampir 300 Dipindahkan Akibat Banjir Di Perak

By 15 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Mangsa dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Taiping.

 

IPOH, 15 Nov — Jumlah penduduk terjejas dengan banjir kilat dan kesan fenomena air laut pasang besar di Perak meningkat daripada 222 kepada 287 membabitkan 100 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak daripada jumlah 287 itu, seramai 254 ditempatkan di empat pusat pemindahan di dua daerah.

Daerah Manjung mencatatkan jumlah penduduk paling ramai dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Inderawati, Beruas iaitu 141 orang daripada 50 keluarga.

Di daerah Larut, Matang dan Selama tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di dewan orang ramai Simpang Halt yang menempatkan 78 orang, dewan orang ramai Kampung Jelapang Jaya (22), dan Sekolah Kebangsaan Sungai Boyan, 13 orang.

Banjir kilat di daerah Larut, Matang dan Selama adalah disebabkan hujan lebat tanpa henti selama kira-kira tiga jam petang semalam.

Dalam pada itu, jumlah penduduk terjejas di daerah Kuala Kangsar kekal 33, namun tiada pusat pemindahan dibuka, manakala di daerah Kerian dan Hilir Perak belum ada penduduk terjejas.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda