Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

Program DWEN Pupuk Sentuhan Muda Terhadap Warga Emas

By 15 November 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 40 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kertas teruja kerana dapat menyertai program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang julung kali diadakan di Kampung Sungai Kertas pada pagi tadi.

Pelajar Tahun 5, Tengku Anis Sofia Tengku Mohd Shukri berkata dia seronok dapat menyertai program DWEN kerana dapat menziarahi golongan tua dan mendengar pengalaman hidup mereka untuk panduan dalam kehidupan.

“Ada warga emas yang dikunjungi tidak sihat dan saya dan kawan-kawan rasa insaf bahawa mereka perlu diberikan perhatian oleh golongan muda seperti kami kerana mereka banyak pengalaman hidup dan perlu dijaga dengan sempurna,” katanya.

e3bce4e9-1e91-4b8e-9f62-a016f7f8045b

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas, Lailaton Halaliah Jamaludin berkata program DWEN adalah inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan bersama beberapa aktiviti, seperti menziarahi warga emas, gotong royong dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas.

“DWEN  salah satu cabang sarana ibu bapa yang penting dan menjadi keutamaan kepada KPM kerana ia dapat mengeratkan pihak sekolah dengan komuniti,” katanya.

Menurutnya lagi, program tersebut dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan diri pelajar sekolah, terutama dari segi kepentingan  menghargai warga emas, selain memupuk sifat saling menghormati serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan golongan itu dalam masyarakat.

bcca0169-6ca8-4aaf-9ec8-85e5c774073c

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Kertas, Jupri Untut pula menyambut baik program DWEN kerana setiap program melibatkan penduduk kampung dan mengeratkan silaturahim.

Inisiatif DWEN merupakan sebahagian daripada program pendidikan dan kerohanian di sekolah rendah dan menengah. Ia dilaksanakan secara berfokus seiring mata pelajaran Sivik, Kewarganegaraan dan aktiviti Ko-kurikulum di sekolah.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda