Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanPulau PinangViral

Jalan Teluk Bahang Ditutup Sehingga Khamis

By 15 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh: Ahmad Faiz Mansur & Azimee Abdullah (Teluk Bahang)

TELUK BAHANG, 15 November (Malaysiaaktif) – Penutupan Jalan Teluk Bahang menghala ke Batu Feringghi ekoran kejadian tanah runtuh pada 7 November lalu akan dilanjutkan sehingga Khamis ini bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati penutupan jalan ini melibatkan semua jenis kenderaan kecuali motosikal mengikut waktu yang telah ditetapkan, manakala penduduk setempat dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui Jalan Teluk Bahang menghala ke Balik Pulau untuk ke kawasan lain.

whatsapp-image-2016-11-14-at-8-34-45-pm

Menurut Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Teluk Bahang, Mohd Radzi Embee, penutupan jalan tersebut amat memberi kesan kepada penduduk kerana kesukaran penduduk Teluk Bahang untuk ke tempat kerja.

Radzi yang juga merupakan pemandu teksi menjelaskan pendapatannya turut terjejas dengan kejadian tersebut kerana terpaksa menggunakan laluan yang lebih jauh untuk mencari rezeki, sekali gus menyebabkan kenaikan kos minyak petrol dan masa.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya dalam satu kenyataan menyatakan bahawa sebanyak 85 batang cerucuk besi dipasang di kawasan runtuhan bagi menguatkan struktur pembinaan semula jalan tersebut yang diharap dapat dibaik pulih dan dibuka kepada semua kenderaan secepat mungkin.

– AH

Tinggalkan komen anda