Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Jalan Teluk Bahang Ditutup Seketika

By 8 November 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur & Azimee Abdullah (Teluk Bahang)

TELUK BAHANG, 8 November (Malaysia) – Jalan Teluk Bahang menghala ke Batu Feringghi yang terhalang akibat kejadian tanah runtuh di KM 53.4 berhampiran dengan Spice Garden ditutup seketika untuk kenderaan awam pada petang semalam bagi kerja-kerja pembersihan dan pembaikan.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati pihak berkuasa tempatan berusaha membaiki jalan yang roboh supaya lebih kukuh memandang laluan berkenaan merupakan laluan utama ke Teluk Bahang.

whatsapp-image-2016-11-07-at-3-09-25-pm-1

Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoub Hussain Shah yang melawat lokasi kejadian berharap kerja-kerja pembersihan dan pembaikan runtuhan berkenaan dapat berjalan dengan lancar supaya laluan ini dapat dibuka dengan lebih cepat.

Katanya, ramai penduduk di sekitar Teluk Bahang terputus hubungan kerana tidak dapat melakukan urusan penting di bandar Georgetown.

Menurut kenyataan Balai Polis Teluk Bahang, kejadian yang dipercayai berpunca daripada hujan lebat berterusan itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

– AH

Tinggalkan komen anda