Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Penagih Lari Tinggalkan Anak Ketika Operasi AADK

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Fauzrina Hj Bulka / Foto: AADK

MELAKA, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Dua orang lelaki yang disyaki penagih dadah bertindak meninggalkan dua orang anaknya yang berumur dalam lingkungan tiga ke lima tahun dalam semak yang berhampiran dengan kawasan (port) penagihan di Sungai Udang, di sini hari ini.

Cawangan Penguatkuasaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Melaka berjaya menahan seramai 12 orang yang disyaki penagih dadah dengan kekuatan anggota seramai 10 orang dalam satu operasi di kawasan ladang sawit di belakang Penjara Sungai Udang, awal pagi tadi.

Menurut Pegawai Operasi AADK Melaka, Zainuddin Hassan, walau bagaimanapun, semasa ditahan, pesalah tersebut didapati negatif dipercayai belum sempat mengambil dadah dan memberi alasan masuk ke dalam kawasan itu untuk mengambil motosikal daripada seorang rakan.

Dia ditangkap dalam Operasi Port sempena Program My Beautiful Malaysia (My BM) yang turut melibatkan Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Sungai Udang, Skuad 1Malaysia negeri dan juga Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

3

Antara penagih yang berjaya dicekup ketika Operasi Port pagi tadi.

 

Seorang lagi lelaki yang juga seorang peniaga yang mempunyai rekod lampau sejak 18 tahun lalu turut ditahan dalam operasi yang dijalankan pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari ini.

“Hasil siasatan, lelaki itu mempunyai rekod lampau sejak 1998. Dia pernah dimasukkan ke Pusat Serenti Tiang Dua selama setahun, kemudian ke Penjara Kajang selama dua bulan dan terbaharu, pada tahun 2012 didakwa di bawah Seksyen 32(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujar Zainuddin.

Jelasnya, operasi yang dilakukan itu merupakan hasil aduan penduduk sekitar yang memaklumkan banyak kes kecurian dan pecah rumah sejak akhir-akhir ini dan dipercayai kawasan berkenaan menjadi tumpuan penagihan dadah baharu sejak sebulan yang lalu.

Sementara itu, Pengarah AADK negeri, Mohamad Yusof Kameh berkata, operasi berkenaan dijalankan bagi membersihkan port penagih berikutan ianya berisiko menjadi port untuk jangka masa yang panjang.

“Sungai Udang ini antara yang diisytihar menjadi port paling aktif selain di Krubong dan juga Pengkalan Lanjut, bagaimanapun port di Pengkalan Lanjut kita berjaya tutup dan tiada lagi menjadi kawasan berulang,” katanya.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda