Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanEkonomiHomeMelakaViral

Didik Anak Tidak Berbelanja Mewah, Fahami Erti Usaha

By 26 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan
Keluarga Khairunnaim gembira mencari kelengkapan sekolah anak.

 

Laporan/foto oleh Fauzrina Hj Bulka

JASIN, 26 Dis (Malaysiaaktif) — Meninjau ke pasar raya di daerah ini, masih ramai ibu bapa yang memilih saat-saat akhir ini untuk membeli belah barangan kelengkapan persekolahan anak-anak sama ada untuk mengelakkan keadaan yang sesak atau mengharapkan jualan akhir tahun.

Menurut seorang peniaga dari Puchong, Khairunnaim Mat Sani, 36, beliau merasa senang berbelanja di Melaka untuk mengelakkan keadaan yang sesak berbelanja saat akhir.

3d0cf1a0-f9da-4fe5-a0f0-ca22bdc3012e

Keluarga junaidah darioada tangkak yang lebih selesa berbelanja di Jasin.

ae2228d6-bb80-4809-baf4-6202697a6b01

 

“Saya sebenarnya bawa keluarga balik ke kampung, jadi sekali gus berbelanja di sini kerana keadaan lebih tenang dan santai, walaupun sebenarnya kalau kita lihat masih ramai juga yang bawa anak-anak berbelanja hari ini,” katanya.

Beliau yang menyediakan bajet berjumlah RM500 untuk seorang anak berkata harga barangan yang ditawarkan pada masa kini masih lagi berpatutan, namun berpendapat seeloknya ibu bapa menyediakan tabung pendidikan dan perbelanjaan anak-anak.

“Pendapat saya, sebagai mak bapak kita bertanggungjawab menyediakan tabung khas untuk anak-anak semenjak lahir supaya tidak merasa terbeban dengan ekonomi semasa dan boleh digunakan semasa kecemasan,”katanya lagi.

Namun begitu, beliau masih lagi menggunakan bajet yang telah sediakan untuk perbelanjaan sekolah kerana mendidik anaknya mengamalkan sikap sederhana ketika berbelanja dan tidak bermewah.

1f1aa211-769f-4997-89e7-7526dbdd2616

Hanum Kasim membantu anaknya mencuba pakaian sekolah.

 

“Daripada segi harga pada saya mudah saja, dalam peringkat umur mereka yang masih belajar ini, tidak payah nak bermewah sangat. Kita nak didik mereka dan tunjuk kita ni siapa supaya mereka tahu dan faham yang mereka masih dalam fasa belajar,”jelasnya.

Tambahnya lagi, anak-anak telah disediakan tugasan untuk dilakukan jika mereka inginkan duit belanja lebih dan boleh gunakan wang tersebut jika hendak membeli barangan mewah.

“Budak-budak ni kemahuan mereka banyak, jadi pada saya jika mereka nak, mereka kena usaha. Zaman sekarang zaman mencabar, zaman mereka nanti belum tentu dapat kerja lepas belajar, jadi saya ajar mereka bagaimana untuk dapat duit tambahan supaya mereka sedar betapa sukarnya cari duit,”katanya.

Sementara itu, Hanum Kasim, 35, dari Kampung Kelubi di sini, dia terpaksa membeli kelengkapan persekolahan anak-anaknya di saat akhir kerana menunggu suaminya pulang bercuti.

“Suami akak kerja di Terengganu sebagai pegawai bomba, jadi akak terpaksa menunggu dia cuti baru boleh beli semua barang-barang.

“Tahun ni bajet tu ada tambah sikitlah sebab yang sorang tu nak masuk Tingkatan Satu jadi, harga sekolah menengah pun lain sikit. Biasanya akak sediakan dua helai pakaian untuk seorang dengan bajet tak lebih RM200,” katanya yang bekerja sebagai pembantu tadbir.

Kesimpulannya, walaupun keperluan anak perlu disediakan oleh ibu bapa, namun sebagai pembeli yang bijak perlulah berbelanja mengikut keperluan dan tidak bermewah serta berbelanja ketika tawaran akhir tahun untuk berjimat.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda