Oleh: Mohd Zahid Othman & Sharifah Alia Syed Nasir (Johor Baru)
JOHOR BAHRU, 12 Disember (Malaysiaaktif) – Sampah merupakan masalah serius yang boleh mencemarkan negara.
Bagi meningkatkan semangat kerjasama antara masyarakat, pelajar dan agensi-agensi kerajaan serta swasta dalam membantu pembersihkan kawasan penempatan, program Hari Sifar Sampah bakal diwujudkan.
Menurut ketua projek Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) Johor Bahru, Professor Madya Dr Zainura Zainon Noor, program ini secara tidak langsung dapat memupuk budaya kemasyarakatan dalam kalangan rakyat secara amnya dan mahasiswa secara khasnya,” ujar beliau.
Program IISJ yang diterajui oleh Universiti Teknologi Malaysia ini, mempunyai potensi sebagai projek pemindahan ilmu dan teknologi.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Datuk Haji Maulizan Bujang yang ditemui wartawan Malaysiaaktif berkata, program sebegini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dan kebersihan di sekeliling kita.
“Kebersihan ini bermula dari rumah dan bukan hanya menjadi tanggungjawab pihak kerajaan untuk menjaganya, namun ketua keluarga juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka supaya peka dalam hal kebersihan,”
Dalam pada itu, Program Hari Sifar Sampah Bersama Masyarakat yang diadakan Felda Ulu Tebrau pada Sabtu lalu berjaya mengumpul semua penduduk setempat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman dan sekitar.
Bagi pihak penduduk kampung, Haji Ab. Jalil, dia bersyukur kerana pihak penganjur telah memilih Felda Ulu Tebrau sebagai lokasi program dan percaya program-program seperti ini akan dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk kampung.
“Felda Ulu Tebrau juga merupakan satu-satunya kawasan penempatan dalam daerah Johor Bahru yang menguruskan sendiri kutipan sampah secara berkala oleh komuniti melalui Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung Felda Ulu Tebrau,” katanya.
Pada program yang sama, turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Peringkat Terbersih.
– AH