Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

200 Sertai Program Khatan Perdana Kepala Batas

By 13 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Salawati Mat Shariff / Foto oleh: Ariza Mohamed Zaki

KEPALA BATAS, 11 Disember (Malaysiaaktif) – Sempena cuti penggal persekolahan, kira-kira 200 kanak-kanak lelaki berusia antara empat hingga 11 tahun mengambil kesempatan untuk menjalani tuntutan ajaran agama Islam dengan menyertai Program Khatan Perdana di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas pada Ahad lepas.

Seorang bapa kepada peserta khatan yang ditemui Malaysiaaktif, Sakirin Ghazali, 40, berasa lega kerana anak bongsunya, Muhammad Syauqi Hamsham, 6, telah dikhatankan awal.

Tambahnya, program ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan berpendapatan sederhana sepertinya untuk melaksanakan hukum wajib ini.

Seramai 10 doktor daripada Hospital Kepala Batas dan 90 pembantu perubatan termasuk 10 doktor daripada Cyberjaya Medical College, Kuala Lumpur ditugaskan untuk menjayakan program ini.

whatsapp-image-2016-12-11-at-12-51-47-pm

Program anjuran UMNO Kepala Batas anjuran bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas serta Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Bahagian Kepala Batas ini mendapat sambutan ramai berbanding penyertaan tahun sebelumnya.

Menurut Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Salikin Othman, kesemua peserta ditempatkan sementara di dewan MRSM sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada pukul 6.00 petang.

Jelasnya, ini bertujuan bagi membolehkan pemantauan dilakukan oleh pembantu perubatan. Sekiranya berlaku pendarahan luar biasa, peserta akan segera diberi rawatan lanjut oleh doktor bertugas.

whatsapp-image-2016-12-11-at-7-32-43-pm

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ini turut dihadiri oleh, isteri Reezal, Datin Seri Ismalina Ismail dan Pengerusi Majlis Muafakat Komuniti 1Malaysia Daerah Seberang Perai Utara, Datuk Ahmad Darus.

– AH

Tinggalkan komen anda