Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPutrajayaViralWilayah Persekutuan

Minat Asas Kemajuan Kerjaya – Dr Amerjit Singh

By 15 Disember 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Ā Oleh Aimi Huwaina / Foto oleh Diyana Zamri (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 15 Disember (Malaysiaaktif) – Dalam kemajuan bidang kerjaya, minat merupakan salah satu faktor utama.

Bagi Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dr. Amerjit Singh, minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan semenjak zaman persekolahan menjadi asas kepada dirinya untuk mencari ruang dan masa bagi menghasilkan sesuatu artikel.

ā€œMinat itu sangat penting. Saya rasa perkataan yang lebih sesuai adalah ā€˜passionā€™. Kalau minat sahaja mungkin boleh, tetapi tidak begitu menepati. Kalau kita ada passion, maka kita akan berjaya menghasilkan sebarang usaha dan kerja yang kita buat.

ā€œTanpa ā€˜passionā€™ susah untuk kita bergerak, sebab kita tahu penulisan memerlukan disiplin. Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi, minat harus disertai dengan dedikasi, ā€˜passionā€™ dan disiplin untuk menjayakan penerbitan,ā€ jelas Amerjit yang menerima Anugerah Penulisan Terbaik di sambutan Hari Inovasi Jabatan Penerangan Malaysia 2016, di sini hari ini.

ketua-komunikasi-korporat-kementerian-pelancongan-dan-kebudayaan-malaysia-dr-amerjit-singh

Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dr. Amerjit Singh.

 

Tambah Amerjit, kebanyakan penulisannya berasal daripada idea-idea yang timbul ketika dia membuat penyelidikan.

ā€œArtikel yang saya buat ini, sebagai contoh ā€˜Transformation Leadership in Public Relationā€™ merupakan satu artikel yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan rakan-rakan mengenai era sebagai Pegawai Perhubungan Awam sudah berubah, tidak lagi menjadi seperti 20 tahun yang lalu. Sekarang kita haruslah mempunyai ā€˜leadership politicsā€™,ā€ jelasnya.

Sementara itu, Pereka di Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Fazlin Ariffin yang telah bertugas selama 15 tahun, menerima Anugerah Reka Bentuk Terbaik.

Menurut Fazlin, pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan dan cabaran bagi dirinya pada masa akan datang.

ā€œPendekatan saya, saya minat benda itu, saya nak capai apa yang saya target selama ini. Anugerah Inovasi ini sebenarnya saya tak pernah terfikirpun. Tetapi apabila sudah ada pengiktirafan buat pertama kali, minat itu timbul untuk kita terus berkarya, bagi meneruskan impian. Dalam masa yang sama, minat tu terus berkembang dalam bidang yang kita minat. Jadi benda itu boleh memotivasikan diri kita untuk terus ke atas,ā€ kata Fazlin yang telah memenangi Anugerah Inovasi buat kali ketiga.

Pereka di Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Fazlin Ariffin.

Pereka di Bahagian Komunikasi Visual dan Senireka, Jabatan Penerangan Malaysia, Mohd Fazlin Ariffin.

 

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya berkata, inovasi merupakan cetusan idea yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam aspek penyampaian perkhidmatan.

ā€œInovasi adalah penting bagi kita menjana idea-idea baharu yang dapat kita adaptasi untuk kita guna pakai dalam kerja dan tanggungjawab kita dan idea-idea ini yang semestinya direalisasikan dari beberapa perubahan dan juga transformasi amalan sedia ada dalam membentuk produk, perkhidmatan dan teknologi.

ā€œDalam membudayakan inovasi ini, penjawat awam menghadapi pelbagai cabaran yang kompleks berikutan perubahan-perubahan yang begitu mendadak, khususnya dari segi teknologi maklumat, teknologi komunikasi, iklim ekonomi yang semakin mencabar dan peningkatan ekspertasi rakyat terhadap perkhidmatan kerajaan yang semakin meningkat,ā€ katanya.

Hari Inovasi yang mempertandingkan 13 Anugerah Inovasi ini diadakan bagi menandakan kepentingan budaya kreativiti dan inovasi serta meraikan keberhasilan inovasi di agensi-agensi kerajaan.

Kriteria yang diutamakan dalam proses penilaian dan pemilihan pemenang adalah berdasarkan kreativiti, kesignifikanan, kecekapan, ā€˜replicabilityā€™, keberkesanan kos dan potensi pelaksanaan.

Tinggalkan komen anda