Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Arwah Tok Nan Ligat Akal, Hebat Berdebat

By 13 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad / Aishah Latip / Foto: Parno Salamat (Sarawak)

 

KUCHING, 13 Jan (Malaysiaaktif) – “Adenan Satem ialah seorang Ketua Menteri yang amat bermakna dalam hidup kami kerana keligatan akalnya di samping kehebatannya berdebat.

Demikian luahan salah seorang tetamu Iskandar Sedik, yang hadir ketika memberikan penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, 72,  di masjid Jamek Petra Jaya semalam.

Jenazah Adenan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang petang semalam.

Jenazah Adenan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang petang semalam.

Tambah Iskandar, nama Tok Nan sentiasa dekat di hati walaupun tidak pernah bersua muka namun seluruh pelosok bumi Kenyalang merasai kehilangan besar ini.

Semalam ribuan rakyat Sarawak sanggup datang dari merata-rata tempat turut memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin yang dekat di hati rakyat.

Datuk Alexander yang ditemui Malaysiaktif di Masjid Jamek semalam.

Datuk Alexander yang ditemui Malaysiaktif di Masjid Jamek semalam.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi pula Sarawak kehilangan besar seorang pemimpin yang berjiwa rakyat yang tidak memilih bangsa dan agama.

“Tok Nan merupakan pemimpin yang tegas, berani dan lantang bercakap untuk menyuarakan keluhan rakyat yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu, pegawai agama Jabatan Mufti Negeri Sarawak, Mohd Fauzi Hairani, pula berkata pemergian Allahyarham Tok Nan tidak memang mengejutkan semua.

Banyak manfaat diperoleh rakyat sejak Tok Nan memerintah -Mohd Fauzi Hairani

Banyak manfaat diperoleh rakyat sejak Tok Nan memerintah -Mohd Fauzi Hairani

“Tok Nan merupakan pemimpin yang begitu simpati kepada rakyat serta tahu apa kata rakyat terutamanya yang berada di luar bandar.

“Walaupun tempoh pemerintahannya begitu singkat sejak 2014, namun apa yang dibangunkan oleh Tok Nan begitu nampak sekali dari segi pembangunan dan ekonomi. Hasilnya banyak manfaat kepada rakyat tidak kira agama dan bangsa,” ujarnya dalam nada pilu.

Luahan Fauzi dipersetujui Setiausaha, Hazimah Ali yang menjelaskan mereka kehilangan pemimpin yang sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat.

“Kita kehilangan seorang pemimpin yang sempoi dan tegas dalam membuat keputusan keputusan dan pentadbiran. Tok Nan sentiasa memperjuangkan hak-hak rakyat Sarawak dan sentiasa merendahkan diri serta memikirkan rakyat terutama di luar bandar.

Hazimah Ali dan Haditiah Sepawi yang turut ditemui semalam.

Hazimah Ali dan Haditiah Sepawi yang turut ditemui semalam.

Dalam pada itu, bagi Pegawai di Pejabat Ketua Menteri, Zaidi Ismail, Tok Nan memang seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa riang sentiasa suka turun padang untuk melihat sendiri masalah. Tok Nan juga suka memberi tunjuk ajar yang baik kepada semua kakitangan serta suka bergurau kepada sesiapa sahaja.

Bagi Pengerusi PERKIM Cawangan Dalat, Haditiah Sepawi, misi Tok Nan untuk mendapatkan autonomi diharapkan akan diteruskan oleh pemimpin yang menggantikannya untuk manfaat rakyat Sarawak.

Adenan yang meninggal dunia akibat sakit jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak Samarahan di sini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan empat anak serta beberapa orang cucu.

Jenazah Adenan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, pada 2.40 petang semalam.

-SF

 

 

 

Tinggalkan komen anda