Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

MAIK Sasar Peningkatan Kutipan Zakat RM170 Juta

By 26 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Ā Laporan/Foto: W Shahilawati W Baharuddin (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 26 Jan (Malaysiaaktif) — Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK) menyasar kutipan zakat meningkat kepada RM170 juta pada tahun ini berbanding RM162.7 juta tahun lepas.

Tengku Temenggong Kelantan merangkap Penasihat Khas MAIK, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, peningkatan kutipan zakat ini kebanyakannya diperoleh daripada beberapa syarikat korporat milik rakyat Kelantan yang menjalankan perniagaan di luar negeri ini.

Tengku Temenggong Kelantan (dua dari kiri) menegaskan bahawa agihan zakat akan terus diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Tengku Temenggong Kelantan (dua dari kiri) menegaskan bahawa agihan zakat akan terus diberikan kepada mereka yang memerlukan.

 

“Penyumbang zakat terbesar di negeri ini, iaitu sebanyak 70 peratus terdiri daripada mereka yang tinggal di negeri ini, selain rakyat Kelantan yang berada di luar.

“MAIK sentiasa berusaha dengan lebih gigih untuk memastikan agihan zakat kepada lapan golongan asnaf berterusan dan media perlu memainkan peranan penting bagi menghebahkan perlunya umat Islam supaya mengeluarkan zakat.

“Hasil daripada zakat yang dikeluarkan itu kita agihkanĀ  kepada yang layak iaitu golongan asnaf yang ditetapkan,” ujarnya ketika sesi sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Majlis MAIK bersama Rakan Media 2017 di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azlan menjelaskan, majlis yang diadakan ini juga menjadi kaedah untuk mengeratkan silaturahim di antara pihaknya bersama media yang sentiasa memberi sokongan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh MAIK.

“Dalam masa sama, kami juga dapat bertukar pendapat bagi mengenal pasti pendekatan yang lebih berkesan untukĀ  mempertingkatkan kutipan zakat selain memperkasakan agihan zakat kepada golongan lapan asnaf,” jelasnya.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda