Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantan

Pasca Banjir; Bakti Sukarelawan IPT Dihargai

By 15 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan/Foto : Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 15 Jan (Malaysiaaktif) –Seramai 52 orang pensyarah dan mahasiswa terlibat dalam Program Cakna Pasca Banjir yang diadakan di Kampung Raja, di sini semalam.

Pemeriksaan kesihatan keatas warga emas turut dilakukan.

Pemeriksaan kesihatan keatas warga emas turut dilakukan.

Menurut Pengarah Perhubungan Komunikasi Korporat PUSRAWI, Haji Abd Rahim Datuk Haji Yahaya, rombongan sukarelawan PUSRAWI hadir untuk memberikan khidmat bakti mereka kepada masyarakat setempat yang terjejas dek banjir.

Selain membantu membersihkan kawasan, pemeriksaan kesihatan turut dilaksanakan memandangkan sukarelawan yang hadir ini merupakan pensyarah dan pelajar jurusan perubatan.

“Kita mahu mewujudkan tenaga kerja (pelajar) yang sentiasa menyemai bakti kepada masyarakat disamping memberikan pendedahan secara praktikal selain pengajian di kolej kepada pelajar-pelajar kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang pelajar Jurusan Kejururawatan Kolej Poli -Tech Mara (KPTM) Cawangan Lembah Sireh, Ahmad Akmal Mohammad ,21, turut meluahkan harapan untuk terus menabur jasa dan bakti sebagai sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Akmal gembira dapat berbakti dan berharap akan dapat terus terlibat dengan aktiviti sebegini di masa-masa akan datang.

Akmal gembira dapat berbakti dan berharap akan dapat terus terlibat dengan aktiviti sebegini di masa-masa akan datang.

“Saya amat teruja untuk terlibat di dalam aktiviti seperti ini, hari ini kami dapat membantu memberikan rawatan pemeriksaan kesihatan kepada warga emas yang ditemui sewaktu lawatan rumah ke rumah” ujarnya lagi.

Kesemua sukarelawan yang terlibat mewakili institusi pengajian tinggi (IPT) daripada Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (PICOMS) dan Kolej Poli-Tech Mara (KPTM) Cawangan Lembah Sireh, Kelantan.

Aktiviti bermula seawal 8.30 pagi dengan membersihkanTabika Sri Wangsa serta Dewan Komuniti Bestari Kampung Raja yang ditenggelami air baru-baru ini.

Selain daripada itu, aktiviti lawatan rumah ke rumah turut dilaksanakan untuk menziarahi warga emas yang uzur serta melakukan pemeriksaan kesihatan keatas mereka.

Seramai 70 keluarga turut mendapat sumbangan berupa kelengkapan makanan harian yang telah disumbangkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan PICOMS.
-SH

Tinggalkan komen anda