Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Rezeki Tahun Ayam

By 21 Januari 2017Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan dan foto: Mohd Muhaimin Amran

JASIN, 21 Jan (Malaysiaaktif) – “Syukur alhamdulillah, itu Tuhan hantar orang yang baik hari ini, bantu saya untuk Tahun Baru Cina nanti.”

Itu merupakan ungkapan salah seorang penerima sumbangan berbangsa Cina, Tang Cheng Chuan, 75, yang cukup menyentuh hati ketika ditemui dalam Progam Ziarah Kasih bagi kawasan penduduk Cina di Kampung Kongsai, di sini, pada Khamis.


Cheng Chuan, yang tidak mampu berjalan, mengalami masalah sakit kaki lebih 10 tahun yang lalu dan terpaksa bertongkat.

Selain Cheng Chuan, empat orang lagi turut menerima sumbangan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau (ADUN), Datuk Roslan Ahmad.

Antara keperluan lain yang turut diberi adalah seperti lampin pakai buang, pemeriksaan kesihatan dan rawatan kepada penerima serta ‘Ang Pow’.


Menurut Roslan, matlamat utama program sebegini diadakan bertujuan mencari dan membantu golongan yang kurang berkemampuan serta mengalami masalah kesihatan.

“Pihak Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Melaka melalui Komuniti 1Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin turut mengadakan pemeriksaan kesihatan secara terus kepada penerima sumbangan,” ujarnya.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kongsai, Goh Quehr Hiang, 59, berkata seramai lima orang penerima yang rata-rata mengalami masalah kesihatan serta berusia lebih 75 tahun dipilih untuk menerima sumbangan.

“Sumbangan tersebut merupakan ihsan daripada ADUN serta Pejabat Penerangan Daerah Jasin diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.
-DZ

Tinggalkan komen anda