Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Ibu Rayu Bantuan RM20 Ribu untuk Kos Pembedahan Jantung Anak

By 21 Januari 2017Tiada komen1 minit bacaan

 Laporan dan foto oleh: M Zakry Chan

MELAKA, 21 Jan (Malaysiaaktif) – “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya,” itu lah ungkapan seorang ibu, Zaharina Hashim, 44, dari Kampung Limbongan yang berusaha mengubati penyakit anaknya.

Anaknya, Muhammad Irfan Asyraf Zulkifli, 14, yang kerap merasa penat melampau apabila melakukan aktiviti-aktiviti fizikal, dikesan menghidap penyakit jantung tahun lepas.

“Irfan memerlukan kira-kira RM20 ribu untuk rawatan pembedahan urat jantung yang terkeluar dari jantung mengakibatkan dia cepat penat apabila melakukan aktiviti fizikal,” jelas Zaharina.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiaaktif ketika ditemui di program Ziarah Kasih Komuniti 1Malaysia DUN Kesidang ke rumahnya, pada Khamis.

Penyerahan sumbangan kepada Zaharina.

Menurut Penghulu DUN Kesidang Jeffry Ahad, 35, pihak Jawatankuasa Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Kesidang akan sedaya upaya membantu adik Irfan dan keluarga dalam meringankan beban yang ditanggung. 

Di samping kos rawatan Irfan, pihak JAPERUN juga telah dimaklumkan bahawa rumah yang didiami keluarga ini kerap dinaiki air ketika hujan lebat akibat faktor perparitan yang kurang sempurna.

Penghulu Dun Kesidang, Jeffry Ahad.

“Segala permasalahan ini akan kami bawa ke pengetahuan pihak berkuasa untuk tindakan segera,” jelasnya lagi.
-DZ

Tinggalkan komen anda