Laporan/Foto oleh : Mohd Noor Mahmuddin / Mohd Sanusi Arifin (Jeli)
JELI, 1 Feb ( Malaysiaaktif) – “Biar Jeli dikenali dan diingati oleh pengunjung sebagai bandar dalam taman, ianya akan mendatangkan manfaat dalam menjana pendapatan serta menaikkan taraf ekonomi penduduk”, ujar Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa berucap ketika merasmikan Program Penghijauan Pengindahan Bandar Jeli anjuran Majlis Daerah Jeli dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.
Menurut beliau lagi, “Pembabitan jabatan serta agensi di derah ini sebagai ‘bapa angkat’ setiap pokok yang ditanam amatlah diharapkan bagi merealisasikan impian menjadikan Jeli bandar dalam taman.
“Perancangan bagi membina taman bandar untuk kemudahan orang awam melakukan pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga dan rakan taulan, sekaligus ianya dapat merapatkan hubungan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” jelasnya.
Sebanyak 60 pokok dari jenis Straeblus Asper (Sinai), Acalypha (pokok Pagar) dan Osmoxylon Lenceri Yellow sumbangan Jabatan Perhutanan Kelantan telah ditanam dan diamanahkan kepada jabatan serta agensi di sini bagi tujuan mengindahkan landskap bandar Jeli.
-SH