Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Manifesto BN-Perjuangan Tok Nan Diteruskan

By 9 Februari 2017Tiada komen3 minit bacaan
 Oleh: Genda Sating / Foto: Razali Ihi

LUNDU, 9 Feb (Malaysiaaktif) – “Mentransformasikan Lundu dan Sematan sebagai destinasi pelancongan utama di Sarawak” merupakan salah satu daripada 17 Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tanjong Datu.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Zohari Tun Abang Openg (Abang Jo) kawasan yang kaya dengan alam semula jadi ini memang sesuai sebagai tarikan pelancongan utama.

Abang Jo dan pemimpin BN menjulang Manifesto BN dalam empat bahasa.

Abang Jo dan pemimpin BN menjulang Manifesto BN dalam empat bahasa.

“Dari segi jangka panjang kerajaan turut merancang untuk membangunkan kawasan Tanjong Datu sebagai tarikan pelancongan memandangkan kawasan ini amat sesuai untuk tarikan pelancongan kerana mempunyai keindahan dan keistemewaan alam semula jadi tersendiri,” ujarnya.

Manifesto yang bertemakan ‘Bersama Kita Teruskan Perjuangan Tok Nan’ kali ini menekankan 17 perkara yang diasaskan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

“Sebagai Ketua Menteri Sarawak Kelima dan wakil rakyat di kawasan Tanjong Datu, arwah Tok Nan sangat berjasa kepada kawasan dan negeri ini. Namun Allah lebih sayangkan beliau. Walaupun tidak lagi bersama kita, namun semangat Tok Nan masih bersama kita.

“Segala usaha untuk memajukan negeri ini akan diteruskan oleh ‘Team Adenan’ yang diterajui oleh saya sendiri sebagai Ketua Menteri Sarawak kini. Begitu juga bagi kawasan Tanjong Datu, yang diwakili oleh calon BN, Balu Allahyarham Tok Nan iaitu, Puan Sri Jamilah Anu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abang Jo turut menekankan aspek akademik dan menerusi perkara Menggalakkan dan menyediakan pendidikan teknikal melalui Centre Of Technical Excellence (CENTEXS).

“Bagi melaksanakan perancangan ini, semua pihak akan bekerjasama membantu Puan Sri Jamilah melaksanakan segala perancangan tersebut seperti usaha pembinaan kolej CENTEXS untuk kemudahan pendidikan dan pelaksanaan projek penyambungan air dan elektrik di kawasan ini,” ujarnya lagi.

Ketua Menteri mengadakan siding media selepas pelancaran manifesto PRK DUN Tanjong Datu

Abang Jo mempegerusikan sidang media selepas sebaik sahaja Manifesto BN dilancarkan.

Selain bahasa Melayu Manifesto ini turut diterjemahkan kepada Bahasa Iban, Inggeris dan Cina yang menekankan 17 perkara berikut:

  1. Meneruskan usaha mengembalikan hak-hak Sarawak
  2. Melindungi keselamatan rakyat daripada pencerobohan pendatang tanpa izin
  3. Menghormati budaya, tradisi dan agama setiap rakyat
  4. Mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat
  5. Melindungi hak pemilih tanah hak adat Bumiputera
  6. Memelihara dan melindungi alam sekitar
  7. Menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik
  8. Menyediakan lebih banyak rumah mampu milik dan kos rendah
  9. Mempercepat pembinaan jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi
  10. Menambah baik dan meluaskan liputan perkhidmatan kesihatan
  11. Menggalakkan lebih banyak penyertaan dan mewujudkan peluang untuk wanita dalam aktiviti sosioekonomi
  12. Membangunkan potensi dan meningkatkan peluang pekerjaan untuk para belia melalui program Bandar Belia 1Malaysia (1MYC)
  13. Menggalakkan dan menyediakan pendidikan teknikal melalui Centre Of Technical Excellence (CENTEXS)
  14. Mengiktiraf pendidikan Cina dan memberi bantuan kepada sekolah Cina
  15. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua negeri Sarawak
  16. Menambahbaik dan menyediakan lebih banyak premis perniagaan untuk usahawan
  17. Mentransformasikan Lundu dan Sematan sebagai destinasi pelancongan utama di Sarawak

Dalam ada itu, Abang Jo juga berharap agar pengundi di kawasan ini keluar mengundi pada 18 Februari ini agar mereka dapat menikmati hasil perancangan tersebut pada masa akan datang.

-SF

Tinggalkan komen anda