Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pesara Kerajaan Kini Pengusaha Agro Ternak Berjaya

By 20 Mac 2017Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh: Mohd Baharruddin Mohamad / Foto: Razali Ihi (Sarawak)

KUCHING, 20 Mac (Malaysiaktif) -Ramai yang menunggu waktu persaraan. Ada yang merancang untuk berehat bersama keluarga. Ada pula yang mahu melancong. Ada juga yang memilih untuk melakukan sesuatu yang dapat mengeluarkan peluh untuk kesihatan masing-masing.

Bagi pesara kerajaan iaitu bekas Pegawai Daerah Simunjan, Zainol Abidin Hussein tanah terbiar wajar diusahakan sebaik mungkin ketika bersara.

Gambar hakim menunjukkan madu kelulut

Gambar hakim menunjukkan madu kelulut

“Golongan petani perlu mempunyai strategi yang betul agar tanah yang terbiar dapat diusahakan dengan sebaik mungkin agar dapat mengeluarkan hasil atau boleh dijadikan sebagai perniagaan ketika bersara,” ujarnya yang ditemui semasa lawatan Jemaah Hakim Tilawah Al-Quran ke Sadong Jaya, pada Jumaat.

Sejak lima tahun yang lalu, Zainol mengusahakan tanah seluas empat ekar yang dinamakan Rizqi Berakah Agro Ternak dengan dibantu oleh isterinya Raimah Naim dan anak menantunya.

“Saya mula-mula mengusahakan ternakan burung puyuh dengan modal saya sendiri sebanyak RM30,000 dan pernah menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian Sarawak bagi projek Change Upgrade product sebanyak RM60,000.

“Bantuan tersebut berbentuk alat untuk membina rumah memproses burung puyuh berserta mesin memproses daging burung puyuh,” ujarnya yang pernah menghadiri pelbagai kursus di UPM Bintulu untuk menternak burung puyuh pada 2012, kursus madu kelulut pada 2017 dan pernah hadir juga kursus menghadiri kursus dalam talian dan kursus pengurusan.

IMG_2207

Zainol turut menyebut penglibatannya dalam bidang pertanian disebabkan ada kata-kata yang menyebut kepentingan pertanian yang dapat menjadikan sesebuah negara kuat.

“Kita perlu berani menceburi apa-apa bidang baik bidang pertanian atau mana-mana usahawan janji kita ada modal, rajin, ada tanah dan sihat tubuh badan untuk merancang masa depan seperti yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Ada slogan yang menyebut negara akan kuat apabila pertaniannya kuat.

“Oleh itu, kita harus menyambung tradisi tersebut untuk masa depan keluarga kita dengan berfikir jauh ke hadapan meliputi aspek kesihatan, perniagaan dan kita perlu berjasa kepada tanah yang sedia ada,” jelasnya.

Kacukan kambing Boer yang diternakkan oleh Zainol

Kacukan kambing Boer yang diternakkan oleh Zainol

Ternakan yang diusahakannya ialah ternakan kambing Boer dari Australia dan tempatan, ayam kampung, burung walit, madu kelulut dan buah-buahan.

Untuk mengusaha kebun dan ternakan Zainol turut dibantu oleh enam orang pekerja iaitu dua orang tempatan manakala empat orang pekerja dari Indonesia dengan dibayar gaji bulanan.

Zainol turut menjelaskan pasaran tempatan kini tidak mencukupi stok kambing terutamanya apabila musim hari raya.

“Setakat ini saya ada sebanyak 160 ekor kambing Boeryang diimport dari Austria. Saya menjual RM39 sekilo bagi kambing jenis Boer manakala jenis kacukan RM37 sekilo. Kiranya seekor kambing saya dapat jual dalam RM3000 ke RM4000 seekor.

“Manakala burung puyuh pula dapat dijual RM24 sekilo dalam bentuk daging dalam lingkungan enam ke tujuh ekor dalam sekilogram.

“Telor puyuh pula dijual RM5 sepapan yang ada sebanyak 15 biji dan kebanyakan yang membeli ialah pengusaha restoran tempatan.

Hakim bersama dengan Zainol (4 dari kanan)

Hakim bersama dengan Zainol (4 dari kanan)

“Madu kelulut pula dijual secara dalam talian dan dijual terus kepada pelanggan dengan harga RM65 sebotol, 300gram. Sarang burung walit pula dijual dengan pemborong Cina dan harganya mengikut pasaran yang tidak menentu tapi hasilnya lebih lumayan.

“Bagi buah-buahan pula setiap kali musim berbuah memang tidak mencukupi untuk menampung permintaan. Kebanyakan hasil di sini dijual untuk pasaran tempatan contohnya pasaran Sri Aman, Semunjan, Kuching dan Kapit,” ujarnya.

-SF

Tinggalkan komen anda