
Laporan dan foto : Abidin A. Ghani (Hulu Terengganu)
HULU TERENGGANU, 2 Sept (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Raya Korban peringkat Parlimen Hulu Terengganu yang diadakan di Masjid
Hadhari Tok Randuk, hari ini, disambut meriah melibatkan 10 ekor lembu dibahagikan dua ekor bagi setiap kawasan dewan negeri (DUN) dan selebihnya di korbankan di sini.
Majlis yang bermula sejak pukul 9.00 pagi itu dihadiri lebih daripada 200 orang penduduk kampung dan penjawat awam.
Lembu korban turut diserahkan kepada jabatan dan agensi kerajaan untuk diagihkan kepada mereka yang telah dikenalpasti di sekitar Hulu Terengganu.
Bagi seorang peserta Mohd Tarmizi Abdullah, program sebegini amat dinantikan, terutama oleh penduduk kampung yang kurang berkemampuan.
Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari